Jom Daftar!


PEMBINA.COM.MY

TRAFIK

Al-Quran dan Syabab


بسم الله الرحمن الرحيم

Interaksi Al-Quran dengan sekeliling.

Apabila disebut kesan Al-Quran terhadap hati manusia, memang tidak dapat dinafikan. Sejarah telah mengungkapkanya satu persatu. Tidak hanya kepada hati dan jiwa-jiwa yang beriman bahkan ia juga mengetuk jiwa-jiwa yang kafir. Kesannya, jiwa yang muslim itu bertambah imannya dan jiwa yang kafir itu tunduk kepadanya sebagaimana yang terjadi kepada Umar al-Khattab ataupun jiwa yang kafir itu akur tetapi tetap ingkar sebagaimana yang berlaku kepada Utbah bin Rabi’ah dan Walid bin Al-Mugirah.

Namun, ramai yang tidak mengetahui akan kesan yang ditinggalkan oleh bacaan Al-Quran terhadap benda-benda yang tidak bergerak (al-jamad) seperti air. Teori yang mengatakan benda-benda yang tidak bergerak itu hidup adalah baru bagi abad ini sedangkan dalam islam perkara ini telah disebut lebih 1400 tahun yang lalu melalui ayat dalam surah Al-Isra ayat 44.

" تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِن لاَّ تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيماً غَفُوراً"

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”

Apa yang ingin disampaikan dalam artikel pendek ini adalah kesan daripada satu penemuan yang dilakukan oleh seorang profesor jepun. Masaru Emoto. Secara ringkasnya, penemuan beliau ialah air akan terkesan dengan kata-kata yang ditujukan kepada kepadanya. Kesan perubahan boleh dilihat pada perubahan zarah-zarah air. Kalau kata-kata itu baik maka zarah-zarah air itu berubah menjadi sangat cantik dan jika kata-kata itu buruk atau kesat maka zarah-zarah akan berubah menjadi sangat tidak cantik.

Jika itu keadaannya, badan kita adalah terdiri daripada 70% air dan jika ia terdedah kepada kata-kata kesat, buruk, dan musik rock serta melalaikan, mungkin itu adalah salah satu sebab mengapa kita sukar untuk mendapat solat yang khusyuk atau payah melakukan kebaikan. Begitu juga bagi para ibu yang mengandung, mereka harus sedar bahawa baby mereka itu diliputi oleh cecair ketika berada dalam perut.

Tetapi jika sebaliknya yang berlaku, jika badan kita, para baby dalam kandungan, air minuman dan makanan kita didedahkan kepada sebaik-baik perkataan, sebenar-benar perbicaraan, dan secantik-cantik perbualan iaitu Kalam Ar-Rahman, Insya Allah pembinaan generasi seperti Jilul Quran pasti akan dipermudahkan.

Namun, apa yang lebih penting adalah pengamalan daripada bacaan semata tetapi alangkah indahnya jika bacaan itu bersalutkan pengamalan dan bersulamkan keikhlasan.

Hasem,

Akademi pengajian islam, universiti malaya.

Video

http://www.youtube.com/watch?v=g763w2FwwKs&feature=related

00:11 | 0 ulasan | Read More

Sepetang bersama Ketua Wanita ISMA Kelantan




Besut, 1 Mac-Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Kelantan telah mengadakan satu majlis ilmu dan perkongsian pengalaman bersama Ketua Wanita ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Cawangan Kelantan, Ustazah Wan A'zilah Wan Abdullah. Majlis ini di beri nama "Sepetang bersama Ketua Wanita Isma Cawangan Kelantan". Seramai 34 org peserta yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis ini. Majlis ini dibuat secara santai di tepi pantai Bukit Keluang.
Majlis ini diadakan bertujuan memberi semangat kepada beliawanis-beliawanis dalam membuat gerak kerja-kerja dakwah di zaman yang penuh mencabar ini. Seperti yang kita semua maklum, di dada-dada akhbar banyak membincangkan kisah-kisah salah laku golongan pemuda dan pemudi. Apa tindakan kita? Bertitik tolakkan masalah ini, kami bangkit untuk menyampaikan dakwah kepada golongan pemudi di luar sana dengan mengambil iktibar dan pandangan daripada Ustazah Wan A;zilah melalui pengalaman-pengalaman beliau. Sehubungan itu, kami para beliawanis sekalian akan mengatur langkah dengan penuh berstrategi dan tersusun, Moga Allah merahmati kita semua.

Disediakan oleh:
Nor Shahida Abd Gani
Wartawan Media PEMBINA Kelantan
22:53 | 0 ulasan | Read More
Harap maaf. Laman sedang dikemaskini...
08:35 | 0 ulasan | Read More

Profil PEMBINA

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah sebuah persatuan belia yang bangkit di tengah-tengah kemelut masyarakat yang seolah-olah tiada penghujungnya. PEMBINA sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksana tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini, khususnya kelompok belia mereka, hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam. Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama. Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan.


Justeru PEMBINA tampil dengan objektif-objektif berikut:


  • Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
  • Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
  • Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
  • Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
  • Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
  • Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
  • Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

VISI

Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam.


MISI:
1. Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.


2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.


3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.


4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.


5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.

07:43 | 0 ulasan | Read More

Hubungi Kami

E-Mail Rasmi PEMBINA Kelantan:
pembina.kelantan@yahoo.com
07:42 | 0 ulasan | Read More