Disediakan oleh:Wartawan Media PEMBINA Kelantan
PROGRAM KONVOI BERMOTOR “SAVE FOR GAZA” PEMBINA 2013
Disediakan oleh:Wartawan Media PEMBINA Kelantan
Jom ke Himpunan Mahasiswa (HIMMAH) 2012
Youth Camp Program Inspirasi Bagi Belia
PASIR PUTEH, 9 Mac - " Kem ini berjaya menyedarkan saya untuk membuat perubahan daripada kurang baik kepada lebih baik, Nor Haslinda binti Ismail, peserta Youth Camp.Saya rasa gembira kerana program ini dapat merapatkan ukhuwah dikalangan peserta yang hadir dari pelbagai latar belakang kos pengajian, walaupun saya dan mereka berada di dalam satu tempat pengajian", ujar beliau.
Saya juga dapat belajar bagaimana menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan dengan berlandaskan syariat Islam di dalam program ini", tambah beliau lagi.
Beliau mengakhiri temubual ini dengan menyatakan program ini memang bagus untuk disertai oleh semua belia dan beliawanis di luar sana.
Disediakan oleh;
Lagi gambar Youth Camp...


Titik Permulaan Memahami Islam

Pasir Puteh, 18 Jan - Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ) dilihat sebagai titik permulaan dalam memahami Islam dikalangan masyarakat khususnya mahasiswa ujar Sala Norhazura.
Ketua Beliawanis PEMBINA Kelantan itu berkata ketika membuat pembentangan kenali PEMBINA dalam program 3 R, Riang Ria Riadah anjuran Beliawanis PEMBINA Kelantan baru-baru ini.
Katanya lagi, hal ini bertepatan dengan visi PEMBINA itu sendiri untuk menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui pemeliharaan dan pembangunan belia Islam.
" PEMBINA merupakan salah satu wadah untuk sampai ke matlamat utama Islam. Ketika golongan belia sedang tercari-cari halatuju, PEMBINA hadir dalam membantu mereka mengenali Islam yang sebenar." jelasnya.
Disediakan oleh :
Nor Shahida Abd Gani
Wartawan Media PEMBINA
Kembara Beliawanis

Besut, 29 Jul; Bertemakan “ Riadah kerana Allah swt, Badan Sihat dan Berkualiti ”, beliawanis PEMBINA Kelantan telah mengadakan program kembara mendaki Bukit Keluang, Besut, Terengganu.
Disediakan oleh:
Berikut adalah beberapa paparan menarik sepanjang program berlangsung.






PEMBINA Kelantan anjur Program Derma Darah

Program ini telah mendapat sokongan padu dari ahli-ahli PEMBINA, masyarakat setempat, terdiri dari para belia dan juga dewasa. Seramai 96 orang penyumbang telah menyumbang darah mereka untuk mengisi tabung darah di HUSM.
Menurut setiausaha PEMBINA Kelantan saudara Malek Raduan, program seperti ini telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini, setakat ini tidak ada lagi mana-mana NGO-NGO, badan-badan Islam yang menyumbang secara khusus kepada tabung darah di HUSM, yang ada hanya panyumbang-penyumbang tetap dari kalangan badan-badan bukan Islam seperti, Budha, Sikh, Hindu, Siam dan gereja Fatma.
Dengan ini PEMBINA telah menyahut seruan mulia ini, untuk membantu umat Islam yang memerlukan darah-darah orang Islam.
Semoga amal mulia ini mendapat tempat di sisi Allah dan memberi berkat hidup buat semua penyumbang-penyumbang yang telah mengorbankan masa, tenaga dan darah mereka untuk kepentingan umat Islam.
Media PEMBINA Kelantan
Gambar-gambar sekitar program
Eksplorasi Alam

Besut, 1 April 2011 – Satu program Eksplorasi Alam telah berjaya dilaksanakan oleh Beliawanis PEMBINA Cawangan Kelantan bertempat di Lata Belatan, Besut Terengganu. Para peserta program ini terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu dan Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.
Program ini diadakan selama satu hari iaitu bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Antara aktiviti menarik ialah sesi taaruf, diselangi dengan pengisian oleh Ukhti Noor Aisyah Binti Ismail bertajuk “Apa yang Anda Tahu Mengenai Alam?”.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai nikmat dan rahmat Allah S.W.T. yang menciptakan alam seperti penciptaan langit, pokok, air, bulan dan sebagainya. Seterusnya , ia juga membincangkan bagaimana untuk kita sebagai makhlukNya mentadbir alam yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.
Kemudiannya, satu aktiviti eksplores telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Ukhti Aisyah dan Ukhti Haziqah di mana mereka telah membuat satu eksplores yang menguji daya ketahanan diri dan semangat berpasukan antara beliawanis.
Dalam eksplores tersebut juga diselitkan dengan ilmu-ilmu yang sangat bermanafaat diantaranaya ialah, menentukan arah kiblat ketika berada di dalam hutan, menentukan waktu solat, cara mengambil wudhuk ketika kekurangan air, cara bertayamun dan cara menutup aurat ketika solat didalam hutan.
Ia merupakan perkara baru yang dapat dikongsikan bersama para peserta yang kurang pasti mengenai cara-cara untuk menentukan dan menggunakan perkara tersebut. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat besar ke arah melahirkan beliawanis Islam yang sentiasa bersiap siaga untuk bertemu Tuhan.
Disediakan oleh,
Aisyah
Wartawan Media PEMBINA Kelantan
Pertandingan Bowling Beliawanis
Perlawanan ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Setelah selesai perlawanan tersebut satu pengisian telah diberikan oleh Ukhti Nor Shahida Bt. AbdulGhani selama setengah jam yang membawa tajuk “Belia Generasi Penggerak!”.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai sahabat-sahabat Nabi S.A.W. yang telah memeluk Islam dalam usia belia, diantaranya Zubair Bin Al A’wam r.a., Talhah bin Ubaidillah r.a., Saad bin Abi Waqas r.a., dan Al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi r.a.
Pengorbanan dan sumbangan yang diperjuangkan oleh sahabat-sahabat Nabi dalam usia belia mereka telah memberi semangat yang membara kepada beliawanis untuk terus mempertingkatkan keyakinan mereka untuk terus berjuang di jalan Allah S.W.T.
Pada jam 12.30 tengah hari, penyampaian hadiah telah diberikan kepada setiap kumpulan yang telah memenagi tempat pertama, kedua, ketiga dan juga saguhati. Hadiah ini telah disampaikan oleh Ketua Beliawanis PEMBINA iaitu Ukhti Sala Nur Hazura Bt. Zakaria.
Semoga program seperti ini dapat menguhkan lagi ikatan ukhuwwah fillah sesama peserta dan meningkatkan amal taat serta ketaqwaan diri kepda Allah.
Aisyah
Shoutul Nisa’ Camp

Program ini bertujuan melahirkan wanita yang berperibadi unggul dan melahirkan sifat yang sesuai dengan sifat yang ada pada seorang wanita. Program yang dianjurkan ini terdiri daripada aktiviti jahitan manik, fiqh wanita dan cara-cara penjagaan kesihatan wanita.
Melalui program yang dijalankan ini, ia dapat memberi lebih banyak ilmu pengetahuan dan membuang rasa ragu yang ada pada diri, kurang pasti dan juga tidak tahu apa yang perlu ada pada diri seorang wanita. Contohnya dari segi penjagaan kesihatan wanita kususnya.
Selain itu, aktiviti seni mempertahankan diri juga diterapkan dalam program ini. Melalui aktiviti seni pertahankan diri ini, peserta dapat mempelajari dan mempraktikkan seni pertahankan diri ini dalam kehidupan bagi pencegahan daripada berlaku perkara yang tidak dijangka akan berlaku.
Program ini juga dapat merapatkan lagi ukhuwwah fillah antara sesama peserta yang sudah sedia terjalin sebelum ini dan juga mengukuhkan ikatan buat ahli yang baru pertama kali bersua.
Sehubungan dengan itu, program ini telah disambut baik oleh semua peserta dan berjalan dengan lancar dan jayanya juga memberi impak yang amat besar dalam diri para peserta.
Disediakan oleh,
Aisyah
Wartawan Media PEMBINA Kelantan
Sepetang bersama Ketua Wanita ISMA Kelantan

Majlis ini diadakan bertujuan memberi semangat kepada beliawanis-beliawanis dalam membuat gerak kerja-kerja dakwah di zaman yang penuh mencabar ini. Seperti yang kita semua maklum, di dada-dada akhbar banyak membincangkan kisah-kisah salah laku golongan pemuda dan pemudi. Apa tindakan kita? Bertitik tolakkan masalah ini, kami bangkit untuk menyampaikan dakwah kepada golongan pemudi di luar sana dengan mengambil iktibar dan pandangan daripada Ustazah Wan A;zilah melalui pengalaman-pengalaman beliau. Sehubungan itu, kami para beliawanis sekalian akan mengatur langkah dengan penuh berstrategi dan tersusun, Moga Allah merahmati kita semua.Disediakan oleh:
Nor Shahida Abd Gani
Wartawan Media PEMBINA Kelantan









