Shoutul Nisa’ Camp



Besut 3 – 5 Mac, Segala puji bagi Allah, “Shoutul Nisa’ Camp” telah berjaya diadakan di Homestay Sri Amir, Besut yang disertai seramai 41 orang ahli terdiri daripada wakil Politeknik Kota Bharu (PKB), Universiti Malaysia Kelantan(UMK) dan juga Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut (IPSM).


Program ini bertujuan melahirkan wanita yang berperibadi unggul dan melahirkan sifat yang sesuai dengan sifat yang ada pada seorang wanita. Program yang dianjurkan ini terdiri daripada aktiviti jahitan manik, fiqh wanita dan cara-cara penjagaan kesihatan wanita.

Melalui program yang dijalankan ini, ia dapat memberi lebih banyak ilmu pengetahuan dan membuang rasa ragu yang ada pada diri, kurang pasti dan juga tidak tahu apa yang perlu ada pada diri seorang wanita. Contohnya dari segi penjagaan kesihatan wanita kususnya.

Selain itu, aktiviti seni mempertahankan diri juga diterapkan dalam program ini. Melalui aktiviti seni pertahankan diri ini, peserta dapat mempelajari dan mempraktikkan seni pertahankan diri ini dalam kehidupan bagi pencegahan daripada berlaku perkara yang tidak dijangka akan berlaku.

Program ini juga dapat merapatkan lagi ukhuwwah fillah antara sesama peserta yang sudah sedia terjalin sebelum ini dan juga mengukuhkan ikatan buat ahli yang baru pertama kali bersua.

Sehubungan dengan itu, program ini telah disambut baik oleh semua peserta dan berjalan dengan lancar dan jayanya juga memberi impak yang amat besar dalam diri para peserta.

Disediakan oleh,

Aisyah

Wartawan Media PEMBINA Kelantan

0 ulasan:

Post a Comment