Pertandingan Bowling Beliawanis

Kota Bharu 11 Mac – Satu pertandingan bowling anjuran beliawanis PEMBINA Kelantan telah diadakan di pasaraya Billion, Kota Bharu. Perlawanan ini disertai oleh 30 orang peserta terdiri daripada peserta Institut Perguruan Sultan Mizan Besut (IPSM) dan Politeknik Kota Bharu.

Perlawanan ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Setelah selesai perlawanan tersebut satu pengisian telah diberikan oleh Ukhti Nor Shahida Bt. AbdulGhani selama setengah jam yang membawa tajuk “Belia Generasi Penggerak!”.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai sahabat-sahabat Nabi S.A.W. yang telah memeluk Islam dalam usia belia, diantaranya Zubair Bin Al A’wam r.a., Talhah bin Ubaidillah r.a., Saad bin Abi Waqas r.a., dan Al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi r.a.

Pengorbanan dan sumbangan yang diperjuangkan oleh sahabat-sahabat Nabi dalam usia belia mereka telah memberi semangat yang membara kepada beliawanis untuk terus mempertingkatkan keyakinan mereka untuk terus berjuang di jalan Allah S.W.T.

Pada jam 12.30 tengah hari, penyampaian hadiah telah diberikan kepada setiap kumpulan yang telah memenagi tempat pertama, kedua, ketiga dan juga saguhati. Hadiah ini telah disampaikan oleh Ketua Beliawanis PEMBINA iaitu Ukhti Sala Nur Hazura Bt. Zakaria.

Semoga program seperti ini dapat menguhkan lagi ikatan ukhuwwah fillah sesama peserta dan meningkatkan amal taat serta ketaqwaan diri kepda Allah.

Aisyah

Wartawan Media PEMBINA Kelantan

0 ulasan:

Post a Comment