Eksplorasi Alam


Besut, 1 April 2011 – Satu program Eksplorasi Alam telah berjaya dilaksanakan oleh Beliawanis PEMBINA Cawangan Kelantan bertempat di Lata Belatan, Besut Terengganu. Para peserta program ini terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu dan Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.

Program ini diadakan selama satu hari iaitu bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Antara aktiviti menarik ialah sesi taaruf, diselangi dengan pengisian oleh Ukhti Noor Aisyah Binti Ismail bertajuk “Apa yang Anda Tahu Mengenai Alam?”.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai nikmat dan rahmat Allah S.W.T. yang menciptakan alam seperti penciptaan langit, pokok, air, bulan dan sebagainya. Seterusnya , ia juga membincangkan bagaimana untuk kita sebagai makhlukNya mentadbir alam yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Kemudiannya, satu aktiviti eksplores telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Ukhti Aisyah dan Ukhti Haziqah di mana mereka telah membuat satu eksplores yang menguji daya ketahanan diri dan semangat berpasukan antara beliawanis.

Dalam eksplores tersebut juga diselitkan dengan ilmu-ilmu yang sangat bermanafaat diantaranaya ialah, menentukan arah kiblat ketika berada di dalam hutan, menentukan waktu solat, cara mengambil wudhuk ketika kekurangan air, cara bertayamun dan cara menutup aurat ketika solat didalam hutan.

Ia merupakan perkara baru yang dapat dikongsikan bersama para peserta yang kurang pasti mengenai cara-cara untuk menentukan dan menggunakan perkara tersebut. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat besar ke arah melahirkan beliawanis Islam yang sentiasa bersiap siaga untuk bertemu Tuhan.

Disediakan oleh,

Aisyah

Wartawan Media PEMBINA Kelantan

0 ulasan:

Post a Comment