Kota
Bharu, 6 Julai - Persatuan Belia Islam Nasional
(PEMBINA) cawangan Kelantan dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu &
Aman Palestin Kelantan telah menganjurkan Konvoi Bermotor “SAVE FOR GAZA”.
Perasmian
dan pelancaran progam telah dilakukan oleh Pengarah Politeknik Kota Bharu, Tuan
Haji Noor Azahan bin Othman. Konvoi ini berlepas dari Politeknik Kota Bharu,
seterusnya ke Masjid Hadhari di Jerteh dan berakhir di Lata Tembakah dengan
diiringi oleh Unit Traffik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan juga Ibu
Pejabat Daerah Jerteh, Terengganu.
Program
ini melibatkan 53 buah motosikal yang disertai oleh 106 belia bertujuan mengubah
persepsi masyarakat terhadap golongan belia bermotor. Hal ini kerana belia yang
bermotor seringkali dianggap terlibat dengan masalah “Mat Rempit” sedangkan sebenarnya
hanya segelintir sahaja golongan belia yang terlibat dengan masalah sosial
seperti ini. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana mereka tidak didedahkan
dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Bak kata pepatah, “kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga” Dengan ini, PEMBINA mengambil inisiatif bagi menyediakan
platform yang sihat untuk para belia beraktivisme di samping mengubah pandangan
negatif masyarakat terhadap belia bermotor. Di samping itu, program ini juga
bertujuan untuk mengumpul dana bagi rakyat Palestin.
Peserta
Konvoi telah melakukan kutipan derma di sekitar bandar Pasir Puteh, Kelantan
dan Jerteh, Terengganu. Hasil kutipan yang terkumpul sebanyak RM1443.70 akan disalurkan
kepada rakyat palestin melalui Aman Palestin.
Ketua
cawangan PEMBINA Kelantan, Mohammad Ridhuan
bin Mohd. Ali berkata, penganjuran konvoi bermotor secara tidak
langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri para belia
apabila berhadapan dengan masyarakat umum. Selain itu, ia juga dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat berhubung keselamatan jalan raya.
Disediakan oleh:Wartawan Media PEMBINA Kelantan
Disediakan oleh:Wartawan Media PEMBINA Kelantan
05:15 | 0
ulasan | Read More